
Anonymous
5 tahun
Darah period hnya sehari
hi doc…sya wanita 25 tahun…baru shj berkahwin april 2019… pda tahun 2018 sy mmpunyi mslah period x regular… dan bila berkahwin pon pnya mslah yg sma… bru2 ni sy ad darah turun… agak byk jgak sbb bau pon mcm period…so sy ingt period lah…tp hari ke dua dah xde darah… knp ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami perubahan kitaran haid atas sebab-sebab tertentu. Untuk makluman anda, biasanya kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari dan kitaran anda walaupaun lebih cepat, masih dalam kitaran haid yang normal. Terdapat beberapa punca perubahan kitaran haidantaranya:
- Stress
- Keletihan
- Jadual aktiviti harian yang berubah
- Perubahan berat badan mendadak
- Pengambilan pil perancang atau ubat-ubatan tertentu
Sila rujuk kepada doktor sekiranya kitaran haid anda yang seterusnya semakin tidak teratur atau masalah lain seperti pendarahan haid yang berpanjangan atau berlebihan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.