
Sulit
3 tahun
Darah period tak berhenti dh sebulan sehingga hari ini
Hye doctor,… sya wanita berumur 23 thn… sya mengalami darah haid tk berhenti sehingga sekarang… sya dah pergi ke klinik dan buat scan tetapi doc tk dpt nk detect…doctor kata dlm perut sya bnyak gas that why mereka tk boleh nk detect… dua kali sya scan still result yg sma… doc ada bagi surat refer untuk ke hospital tetapi sya tk pergi lagi… perut bahagian kiri sya sakit… bila buat kerja tk rasa sakit bila dh rehat bru rasa sakit tu ada… apa perlu sya buat.tq doctor.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Namun tanpa melakukan pemeriksaan seperti scan sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan. Secara amnya, terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka teruskan usaha anda untuk bersenam. Amalkan pemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.