
puyibtrsya00
3 tahun
Darah period tak hilang hilang
Saya remaja belasan ingin memberitahu bahawa darah period saya dari awal bulan tak hilang , jadi saya ingin tahu mungkin saya ada masalah lain ? skrng dah masuk tengah bulan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, haid berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisihan
- Penyakit pendarahan
- Kegemukan
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit puan seperti sista, fibroid dan lain
- Kesan sampingan sesetengah perubatan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.