
Sulit
3 tahun
Darah period tak menentu
Saya wanita berumur 28 tahun…saya period 1 nov until 5 nov…so selama 5 hari…lps to tibe-tibe datang balik 13 nov and 14 nov…selama 2 hari…n semlm dtg balik…nak tahu kenapa ye??adakah itu normal??n adakah saya sakit??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kitaran haid anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang tidak menentu. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Tekanan emosi, atau emosi yang tidak stabil
- Perubahan jadual hidup seperti jadual harian yang terlalu sibuk
- Masalah di dalam rahim seperti fibroid atau polip
- Polycystic ovarian syndrome
- Endometriosis
- Gangguan hormon
- Kehamilan ektopik
- Tekanan emosi
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan