
Sulit
5 tahun
Darah Piriod Berketul
Assalamualaikum doct , saya harap doct dapat bantu masalah saya . Dengan ini , saya remaja berumur 17 tahun … saya mula piriod pada umur 13 tahun dan skrg merupakan tahun ke 5 saya datang haid . Masalah yg saya alami setiap kali datang haid ialah senggugut yg sangattttt terukkk . Berlanjutan sehingga 3/4 hari semasa piriod . Piriod saya teratur , bcs of every months always datang … tak pernah skip mcm first year piriod . Tapi , setiap kali saya piriod mesti keluar darah berketul . Dan pada hari ni , merupakan hari ke 4 saya piriod , bermula drpd hari pertama , senggugut teruk dan kluar ketulan darah seperti hati ayam yg byk . Mohon penjelasan drpd doktor dan apakah langkah yg patut saya ambil bg memastikan kesihatan saya terjamin . Sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid sakit dan keluar darah berketul yang anda alami boleh berpunca daripada:
- Sindrom menstruasi
- Endometriosis - apabila sel lapisan rahim tumbuh ditempat lain
- Fibroid atau poilp dalam rahim - ketumbuhan sel rahim yang luar dari kebiasaan
- Masalah ovari - seperti ovulasi berlebihan, ovari terbelit atau pendarahan dalam ovari
Anda digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup bebas stres, makanan seimbang dan kaya zat besi (sayur-sayuran hijau) serta menjaga berat agar tidak terlalu rendah dan berat. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.