
Sulit
5 tahun
Darah putih tinggi Dan kencing pedih
Suami saya demam Dan diminta untuk membuat pemeriksaan darah Dan didapati darah putih Yang tinggi. Dia juga mengalami masalah semasa kencing menjadi pedih. Adakah itu merupakan tanda kanser darah…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kencing pedih ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan salur kencing
- batu karang
- jangkitan kelamin
Sel darah putih akan menjadi tinggi apabila terdapat jangkitan dalam badan. Maka, kemungkinan besar suami anda menghadapi jangkitan pada salur kencing. Walaubagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.