
Sulit
5 tahun
Darah selepas buang air besar
Salam. Sy seorg wanita berumur 27 tahun. Sy perasan terdapat darah selepas sy membuang air besar. Bahagian dubur sy tidak sakit semasa atau selepas membuang air. Cuma sy kerap tidak selesa dibahagian dubur selepas membuang air. Perkara ini sudah terjadi lebih kurang 3,4 bulan. Soalan sy, adakah perkara ini bahaya atau sy perlu ke klinik untuk dapatkan rawatan/diagnosis? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- masalah darah seperti kurang pembeku darah
- masalah radang usus (Inflammatory bowel disease)
- Keracunan makanan
- mengambil ubat-ubatan pencair darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.