
Sulit
4 tahun
Darah seperti daging keluar ketika period
Saya wanita berusia 20-an, sejak akhir2 ni ketika saya period ada ketulan seperti daging keluar. Tekstur dia agak berbeza dari ketulan yg seperti jelly tu. Yang ini memang nampak seperti daging. Tapi selepas ketulan itu keluar, darah period saya akan mula keluar sedikit. Selain itu, setiap bulan ketulan darah seperti jelly juga keluar dan saiz dia lebih besar dari duit syiling 20 sen. Tlg bantu saya musykir tentang perkara ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Secara umum, darah bebola yang keluar dari vagina dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- polip
- adenomyosis kondisi di mana tisu endometrium tumbuh ke otot rahim
- mioma rahim sejenis tumor
- hyperplasia adalah penebalan sel
- malignancy
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.