Sulit
2 tahun
Darah sikit dan beku
Hai sya tak dtng haid 2 bulan
Sbuln dtg skit hnya 2 hari tpi drah tak byk… Dah ad darah beku… Dn keputihan.
Sebuln lagi… Hnya shri dan darah beku…
Sya ad beli ubat dtg haid… Tapi tidak dtng haid… Tapi sya tidak mgdung mcm mna tu.?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan keputihan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, gangguan kitaran haid yang disertai gejala keputihan juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Jangkitan kelamin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih