
tashayusry916
4 tahun
Darah tak nak berhenti , dan saya sudah ambil ubat di klinik pakar wanita. tetapi saya kerap sakit perut seperti senggugut
saya berusia 20thun. bulan 1&2 saya period normal. masuk bulan 3 period sayaa jadi taknormal. 3hari pertama pada tarikh 24/3 darah keluar macam biasa. dh hari2 seterusnyaa sampai lah ke harini ini 30/3 darah masih taknak berhenti. saya telah mendapatkan rawatan di klinik. dan doktor memberi ubat berhenti darah. bila saya makan ubat berhenti darah , perut saya memulas seperti senggugut. kenapa ya? bilaa saya stop makan ubat tu , baru perut saya tak sakit dan darah nya masih berterusan. tapi takbanyak pon yang keluar , sedikit demi sedikit. boleh terangkan pada saya , selain faktor berat badan dan masalah stress?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka teruskan usaha anda untuk bersenam. Amalkan pemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Kemungkinan ubat yang diberikan tidak bersesuaian dengan anda. Anda disarankan untuk ke klinik kembali untuk mendapatkan ubat yang lebih sesuai.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!