
Sulit
5 tahun
Darah tidak berhenti selepas mengambil suntikan depo
Hi Doctor… sy mengalami period berterusan selepas mengambil suntikan depo… sekarang sudah berhenti mengambil suntikan tersebut & masih lagi keluar darah… adakah sy perlu refer kepada hospital atau klinik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid berpanjangan selepas berhenti suntikan depo anda ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kesan sampingan suntikan depo
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin atau jamu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.