
Anonymous
5 tahun
Darah Tidak berhenti
salam . doc sy nak tnya . lepas sy gugur bulan nov 2018 . nurse sarankan sy suntik perancang untuk jarakkan masa . tapi lepas sy suntik tu bleeding sy tak henti sampai sekarang ? Memang Normal ke doc ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Suntikan perancang boleh membawa kepada beberapa kesan sampingan. Oleh itu, anda haruslah membaca butiran suntikan seperti kandungannya dan kesan sampingannya.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jika anda ingin mengetahui samada kaedah ini sesuai untuk anda, sila berbincang dengan doktor. Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor di www.doctoroncall.com.my.