
Sulit
5 tahun
Darah tinggi dan covid 19
Soalan saya…adkah pesakit positif covid19 yang mempunyai penyakit darah tinggi tiada harapan untuk sembuh? adakah supplement untuk membantu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, paru-paru buah pinggang dan sebagainya berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi jangkitan COVID atau jangkitan COVID yang serius. Namun ini tidak bermakna tiada harapan untuk sembuh. Buat masa ini, masih tiada kajian yang menunjukkan supplemen boleh membantu mencegah jangkitan ini. Langkah pencegahan hanya berdasarkan amalam seperti berikut:
- kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau cecair pembasmi kuman selama 20 saat
- jauhi orang yang sakit seperti batuk dan bersin
- tidak memegang kawasan muka, hidung dan mata
- tinggal dirumah sekiranya sakit
- mengamalkan jarak sosial 1 meter sekurang-kurangnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini