
Sulit
3 tahun
Darah tinggi,kencing manis,jantung
Emak saya berumur 58,dia pergi ke klinik semalam untuk mengambil ubat kerana dia batuk setiap malam dan berasa penat di dada. Setelah mengambil ubat tersebut pda malam tadi,sampai di waktu subuh dia berasa hendak muntah dan sangat pening.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan daripada ubat seperti mual, muntah-muntah atau pening adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi apabila individu tersebut perlu mengambil lebih daripada satu jenis ubat harian.
Walaubagaimanapun, ubat tersebut perlu ditukar atau elak jika kesan sampingan ini mengganggu aktiviti harian serta memburukkan kesihatan individu. Oleh itu, kami menyarankan agar merujuk doktor anda atau pakar kami secara atas talian bagi rawatan yang sepatutnya.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.