
samsudinhasnah
5 tahun
Darah tinggi, kencing manis, kolestrol
Saya mengalami masaalah sakit bahu kiri dari atas turun bawah ketiak dan turun lagi atas pergelangan tangan sakit apakah obat yang seseuai saya amalkan tp kawan ada rekemen Voren .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bahu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom tendonopati iaitu kelainan rasa sakit dan biasanya bengkak pada tendon bahu akibat penggunaan berlebihan yang timbul terutamanya saat mengangkat barang atau beban
- Subacromial bursitis keradangan bursa bahu. Bursa adalah merupakan kantung cairan yang berfungsi seperti kusyen diantara tulang bahu
- Adhesive capsulitis adalah keradangan kapsul bahu iaitu sejenis tisu yang membungkus daerah bahu
Memandangkan sakit semakin bertambah, seeloknya anda merujuk doktor sebelum sakit memburuk dan mengaggu aktiviti harian anda. Pengambilan ubatan tersebut hanyalah bertujuan untuk mengurangkan keradangan dan sakit sahaja. Tergantung kepada penyebab, ia mungkin kurang berkesan dalam mengubati masalah sebenar sakit bahu anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.