
wnmastura
5 tahun
Darah yang keluar selepas Keguguran dan penyelesaiannya
Saya wanita 36 tahun dan baru lepas keguguran, saya ingin bertanya adakah darah yang keluar selepas gugur itu darah haid, warnanya selain darah fresh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Pendarahan berlebihan daripada faraj selepas keguguran boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- keguguran yang tidak lengkap (masih terdapat bahagian bayi yang tertinggal di dalam rahim)
- Jangkitan Keradangan Pelvis (“Pelvic Inflammatory Disease” - akibat jangkitan kuman selepas prosedur tersebut)
- Penyakit mudah berdarah (seperti pengambilan aspirin, Penyakit Von Wilbebrand dan lain-lain)
- Luka pada serviks
- Polip Endometrial (yang mungkin pecah sewaktu keguguran)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian atau berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.