
Sulit
5 tahun
Datang bulan 2x jarak dekat
Hi doc,sy ingin bertanyakan tentang satu masalah yg membelenggu saya dalam tempoh ni… sy last dtg bulan(hari akhir) pada 4/12/19.kemudian saya bersih seperti sedia kala. namun dalam tempoh 5 hari (9/12/19),sy datang lagi darah yg sama tapi kali ni sedikit cair dan tidaklah mengalami pengeluaran yang bnyk. Tak banyak tapi ada selalu.sampai skrg 15/12 saya masih lg menghadapi masalah yg sama.darah xberhenti walaupun pengeluaran sedikit.sy agak pelik kerana sebelum ini sy datang bulan dgn keadaan yg sgt teratur.kali ini shj berbeza…apa pendapat doktor??apa yg perlu sy lakukan??? saya dah buat pap test sebulan yg lepas…diharapkan doc dpt respon dan membantu sy keluar dr masalah ini kerana sy sudah buntu.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.