
Anonymous
5 tahun
Datang bulan atau kehamilan
Saya baru berkahwin 15hb yg lps. Priod saya juga bermula 15hb shingga 20hb. Saya telah bsama suami pada 21hb. Skng saya period kembali pada 10hb. Adakah saya hamil atau period?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, besar kemungkinan itu adalah haid. Anda boleh tunggu dan lihat untuk beberapa hari. Jika, darah bertambah dan berterusan maka itu adalah haid. Jika tompokan darah sahaja dan tidak berterusan untuk beberapa hari mungkin disebabkan oleh implantasi janin.
Anda boleh lakukan ujian upt untuk pengesahan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.