
Sulit
5 tahun
Datang bulan atau masalah kesihatan lain
saya remaja perempuan berusia 19 tahun…
pada 26-29 hb sy dan suami membuat hubungan intim dan ketika itu 26/27 adalah waktu subur saya…
tarikh jangkaan saya period adalah pada 8/11 namun darah keluar pada 4/11…
sebelum period,sy selalu merasa mual dan prning2 lalat…
kadang2 terasa seperti mencucuk di bawah…
sakit pinggang apabila duduk
ini adalah tarikh bermulanya darah keluar…
4/11-darah hanya keluar seperti tompokan
5/11-medium
6/11-sedikit
7/11-habis…
persoalan saya,adakah ini period??..
jika ini period adakah normal??
jika bukan period apakah yg sedang saya hadapi…
saya ad melakukan ujia air kencing namun 4 hari selepas berhubungan badan dan hasil nya tentu sekali negative…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Pendarahan implantasi kehamilan - ujian kehamilan mungkin sedikit lambat untuk menjadi positif kerana hormon kehamilan mungkin masih terlalu rendah untuk dikesan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (sebelum haid)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.