
Sulit
4 tahun
Datang bulan selama 3 hari
Hai doktor, pada 8/7 haritu saya sudah datang period , dan pada hari ahad iaitu pada 26/7 saya datang period lagi dan ia datang selama 3 hari, hari ketiga sudah kurang/tiada darah haid, adakah ini haid yang normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Untuk masalah sama ada anda boleh solat atau tidak, saya nasihatkan untuk anda mengajukan persoalan ini dengan yang lebih arif. Tetapi, satakat yang saya tahu, dalam islam selepas 15 hari dari hari pertama anda datang haid, ianya dikira darah penyakit. Tidak kira sama ada darah itu keluar secara berterusan atau terdapat hari bersih di antara 15 hari tersebut. Oleh itu, wajib untuk anda solat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.