
Anonymous
6 tahun
Datang bulan setelah makan Postinor
Saya telah mengambil Postinor 2 morning-after-pill 2 minggu yg lalu. Berapa lamakah kesan ubat tersebut berada didalam badan? Adakah saya akan datang bulan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor-2 merupakan pil perancang kecemasan yang mengandungi hormon progesterone. PIl ini biasanya tidak memberikan kesan yang panjang di dalam tubuh anda.
Berkenaan dengan anda akan datang bulan atau tidak bergantung kepada waktu anda mengambil pil ini sama ada sebelum atau selepas ovulasi. Ubat ini boleh mempengaruhi kitaran haid anda, untuk mengetahui maklumat lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi secara atas talian.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!