Sulit
3 tahun
Datang bulan tetapi pil perancang kehamilan belum habis
Saya wanita 30an mengambil pil perancang liza (21 tab) dan ini adalah bulan yang ke 2 saya mengambilnya.pada bulan pertama,haid saya datang semasa rehat hari ke4 pil.Namun dalam bulan ke2 ini saya baru mengambil 11 biji pil tetapi saya datang bulan dan sangat banyak.terdapat ketulan darah dan saya merasa sakit d perut ( rahim ).Adakah ini normal atau bagaimana.tq dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan/cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































