
Sulit
3 tahun
Datang bulan tidak berhenti ( sebulan lebih)
Hai doc, saya nak tanya . Saya belum berkahwin . Saya dtg haid sebulan lebih dan harini + 2 @3 hari lepas banyak darah ketul yg keluar . Tadi dlm setengah jengkal darah ketul yg keluar . Dari pemakaian pad, sy tak kerap tukar sebab masa saya buang air kecil baru keluar darah haid . Saya takut nak buat pemeriksaan, bimbang jika ada masalah lain .
Sebelum ni hanya tak teratur dalam 2 bulan sekali datang . Sekali dtg dalam seminggu je . Masa sy umur 16tahun mula masalah ini , sekarang saya umur 27tahun .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang berpanjangan melebihi sebulan tanpa henti dan mengalami pendarahan berketul. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor