
zummi.chum
5 tahun
Datang bulan tidak menentu
Saya wanita berusia 29 tahun, dan belum berkahwin… sejak pertama kali saya period mmg tidak teratur dan 3 bulan sekali paling lama, tp tahun 2017 dan 2018 saya dapati saya hanya period 1x sahaja setahun… saya sdh rujuk ke hospital mereka ada bg ubat hormon dan masa mkn ubat hormon period saya stiap bulan ikut masa dan stelah ubat habis period kembali tidak teratur… mohon penjelasan dr doktor… tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah haid tidak teratur. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan merawatnya, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.