
Sulit
4 tahun
Datang bulan tidak normal tengah bulan dan awal bulan
Hai doktor… Period sy bulan 1 tgh bulan, and now bulan 2 awal bulan… Period sy mmg tiap2 bulan cuma 4 or 5 hari saja , Adakah sy mengandung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid yang anda hadapi. Untuk makluman anda, tanda awal kehamilan yang paling klasik adalah haid yang tidak datang. Memandangkan anda mengalami haid setiap bulan, maka risiko mengandung adalah rendah. Namun, untuk kepastian, anda disyorkan untuk melakukan ujian objektif seperti UPT (urine pregnancy test).
Masalah haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan/ pil hormon
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!