annasubanah5802
5 tahun
Datang bulan tidak teatur
Sa wanita berumur 30…
Biasa ny saya datang bulan 7 hari tp ni 3hari sahaja tp sebelum datang bulan saya sudah lewat dok sepatuh ny awal bulan 7@10 tp sa dtng pada 17 dok
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh melaksanakan langkah ini:
- Pengurangan berat badan jika berat badan anda berlebihan
- Kawalan diabetes jika anda menghidap kencing manis
- Pengambilan pil hormon namun harus mendapatkan pandangan doktor
- Mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



























