Sulit
5 tahun
Datang haid 1 bulan 2 kali tapi dalam 2 kali datang 1 hari saja..boleh saya tahu kenapa?
Saya wanita 27 tahun dan telah berhenti ambik depo sudah 2 bulan dah berhenti .saya nak tanya bulan ni saya belum datang haid lagi .bulan 10 datang haid 2 kali tapi dalam 2 kali tu cuma datang 1 hari sahaja…adakah tu kesan depo?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan suntikan depo provera adalah haid yang tidak teratur. Namun begitu terdapat juga punca-punca lain yang boleh menyebabkan haid tidak teratur seperti:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan (oleh warga tersayang) dengan selesa
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!


























