
Sulit
4 tahun
Datang haid 2-3 kali setahun secara tiba-tiba
Hai doktor , saya wanita yang baru mahu masuk 19 tahun pada tahun 2021 ini. Say risau akan keadaan saya apabila tidak datang haid selama lebih 8/9 bulan pada tahun lalu. Saya berfiran positif bahawa saya ini menggemuk kerana saya perasan berat badan saya meningkat dari 58-60+ kg tahun lalu. Saya hanya risau yang adakah saya mengalami kanser rahim? Saya belum berkahwin dan masih belajar , dan saya tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya juga rasa yang saya ini mempunyai simptom pra-haid tetapi tidak datang haid pada setiap bulan. Saya juga rasa yang saya hanya stress sedikit dan saya tidak terlalu aktif. Saya harap doktor boleh menjawab masalah saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, perkara ini perlu diberi perhatian kerana kami khuatir ia berpunca daripada masalah yang serius.
Antara beberapa sebab am mengapa anda mengalami masalah haid tidak teratur mungkin disebabkan oleh:
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Berat badan: berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: golongan remaja dan wanita perimenopaus sering mengalami masalah haid tidak teratur
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan untuk masalah anda. Kami hanya memberikan beberapa sebab yang mungkin menyebabkan anda mengalami masalah tersebut. Hanya doktor yang memeriksa anda dapat memberi diagnosis dan rawatan selanjutnya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.