
Sulit
3 tahun
Datang Haid dua kali sebulan
Saya wanita berumur 28tahun dan belum pernah berkahwin.Biasa kitaran haid saya 30hari sebulan. Tetapi bulan ogos saya kedatangan haid 2x pada 7/8 dengan 29/8. Pada haid kedua 29/8 tempoh masa saya period adalah selama 10hari. Dalam masa 10hari darah haid yang keluar adalah berketul2 dan pekat . Dan sekarang sudah masuk 1/10 tetapi haid saya tidak sampai lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan