
endutsimon
5 tahun
Datang haid ketika mengandung
masa tu saya check air kencing guna prenancy test,saya lihat ada double line tpi saya ada datang haid. .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jika ujian kehamilan sudah positif dan terdapat pendarahan selepas itu, ianya boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi
- Pendarahan polip/fibroid
- Keguguran
- Masalah pembekuan darah
- Kehamilan luar rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.