
Anonymous
5 tahun
Datang haid selama 2 hari sahaja
Assalamualaikum…tahun lepas saya baru melahirkan seorang anak, dan Bulan lepas (jun) haid saya baru datang pada 18hb selama 8hari . Dan bulan ini (julai) , haid saya datang pada 17hb selama 2 hari sahaja , haid saya berwarna koko dan sedikit sahaja , adakah itu lebihan haid yg lepas atau macamana ya doc ? Mohon bagi penjelasan… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman puan, haid yang normal dapat berlangsung selama 2-8 hari. Oleh itu, haid anda boleh dikatakan masih normal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.