
farizahdullah
5 tahun
Datang haid selang seminggu
Salam sejahtera doktor,saya wanita 26 tahun Dan belum berkahwin,saya nak tanya.apakah masalah saya sekarang ni.pada 30.09.19 saya haid dan habis pada 06.10.19.dan selepas itu,ada keluar cecair berwarna coklat seperti di awl haid saya.dan selang beberapa hari saya mengalami keluar nya darah coklat pekat itu.hari ini saya datang haid lagi,saya ada risau sebab ini adalah pertama Kali mengalami masalah seperti ini.bole doktor jelaskan tak…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan - sekiranya ada melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.