Sulit
6 tahun
Datang haid selepas 4 hari habis makan pil perancang
saya wanita berumur 32 tahun, saya sudah memakan pil perancang Marvelon selama 8 bulan, sebelum itu saya penah makan pil jenama yasmin & yaz untuk beberapa bulan sahaja. masalah saya adalah haid datang selepas hari ke 4 habis makan pil perancang dan hanya keluar haid yg banyak pada hari pertama dan hari kedua hanya sedikit sahaja selepas itu haid berhenti terus. adakah ini akan memberi risiko kepada saya jika saya teruskan dengan pil perancang dalam jangka masa yang lama?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang kehamilan sememangnya boleh memberi kesan kepada kitaran haid anda. Sesetengah wanita mengalami haid berlebihan, spotting atau haid yang sedikit. Biasanya kesan sampingan ini akan hilang setelah anda berhenti daripada mengambil pil ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma atau klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



































