
Sulit
4 tahun
Datang haid selepas kegugran, dan saya was was untuk mengambil pera
Hi saya baru berusia 20 tahun dan mempunyai seorang anak. saya baru mengalami keguguran anak kedua akhir bulan 8 kerana baby tak kelihatan degupan jantung dan doktor terpaksa cuci sebab saya tak gugur sendiri, pada 24/9/2020 saya telah datang haid, tapi hanya 5 hari dan memang 100% darah saya tak keluar lagi walaupun tompokan kecil . kitaran haid saya 7 hari. selepas 2 hari darah keluar semula tetapi tak banyak . adakah itu normal ?
dan saya ingin mengambil perancang, bilakah waktu yang sesuai untuk saya mengambil perancang selepas keguguran ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Menurut daripada situasi yang anda perihalkan, kedatangan haid yang seperti anda alami adalah masih dalam kadar normal. Perkara tersebut boleh dijelaskan oleh aliran hormon wanita yang tengah dimulakan semula selepas beberpa bulan tidak dirembeskan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk makluman anda, kaedah perancang kontraseptif boleh dimulakan pada bila-bila masa sahaja selepas kitaran haid yang lepas, termasuk selepas kehamilan atau keguguran yang dihadapi sebelum ini. Oleh itu, sekiranya anda ingin merancang, kami nasihatkan anda untuk menerima konsultasi dari doktor anda mengenai jenis penggunaan ubat perancang yang sesuai untuk anda terutamanya selepas keguguran kerana ia juga adalah berdasarkan oleh sejarah kesihatan umum anda (kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.