
Sulit
4 tahun
Datang haid semasa makan pil perancang keluarga
Salam…sy sedang mengambil pil perancang keluarga untuk menahan haid semasa mengerjakan haji. Sekarang tinggal 9 biji pil lagi, haruskah sy terus kan makan pil atau berhenti.
Mohon jawapan, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sekiranya puan sudah selesai mengerjakan ibadah haji, maka tidak ada masalah untuk puan teruskan atau berhenti.Tetapi harus diingatkan bahawa sekiranya puan berhenti mengambil pil ini, haid puan mungkin akan datang dalam masa 2-3 hari.
Kesan sampingan ketika pengambilan pil ini termasuklah mual dan loya, pendarahan yang sedikit yang tidak menentu pada awalnya (breakthrough bleeding) dan kembung perut (bloating). Akan tetapi, bukan semua wanita akan mengalami kesan sampingan ini
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.