
fastside85
6 tahun
Datang haid tidak teratur dan darah tidak berhenti tetapi keluar dalam kuantiti yang sikit
Saya wanita berumur 34 tahun telah mengambil suntikan perancang sejak dari tahun 2010 dan berhenti selama 1 tahun. Kemudian telah lahir anak kedua pd bulan Oktober 2013, 3 bulan selepas itu saya telah ambil semula suntikan tersebut iaitu pada tahun yang sama. Sehinggalah julai tahun 2018, saya telah berhenti dari suntikan. Saya tidak datang haid dari bulan itu sehingga pada 28 Mac 2019 saya datang haid selama 7 hari. kemudian pada 14 April haid tu datang semula sehinggalah hari ini dalam kuantiti sedikit calitan atau apabila saya buang air kecil ada ketulan darah yang keluar… mohon jawapan dari doktor. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!