
Sulit
5 tahun
Datang haid walau pregnancy test menunjukkan 2 jalur
Salam sejahtera.
Saya ada kemusykilan berkaitan dengan pregnancy.
Saya ada membuat pemeriksaan kehamilan pada 13/8/2019 dan 14/8/2019 dan hasilnya 2 jalur merah. Satu terang, satu lagi sederhana. Untuk rekod, hari pertama haid terakhir saya adalah pada 16/7/2019.
Pada hari sabtu (17/8/2019), saya alami pendarahan berwarna coklat beserta dengan lendir. Ini terjadi selepas saya berlari dari tingkat bawah, untuk menuju ke pejabat di tingkat atas. Setelah dicuci, tiada lagi pendarahan tersebut. Namun ketika di rumah pada petang tersebut, saya alami sekali lagi situasi itu. Saya cuci dan menggantikan pad lagi. Setelah itu, tiada lagi pendarahan sehinggalah pada siang Ahad.
Apabila dicuci, pad bersih sehingga pagi tadi.
Pagi tadi (19/08/2019), saya alami pendarahan berwarna merah beserta lendir. Sehingga kini, masih ada lagi. Soalan saya:
- Perlukah saya rujuk kepada doctor?
- Adakah saya boleh memeriksa sendiri dengan membeli upt dari farmasi?
- Hasil ujian 2 hari tersebut, adakah menunjukkan saya mengandung atau berlaku kesilapan?. Saya menguji dengan urin pertama pada jam 6 pagi. Menunggu dalam 5 minit, kemudian 2 jalur tersebut muncul.
Saya amat berharap bahawa saya mengandung namun jika pendarahan yang saya alami ini adalah darah haid, perlukah saya merujuk kepada doctor? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jawapan kepada soalan anda adalah seperti berikut:
- Anda boleh merujuk kepada doktor ataupun pada link ini (DoctorOnCall) sekiranya anda masih berasa ragu-ragu dan memerlukan pemeriksaan
- Anda boleh menguji status kehamilan menggunakan alat ujian yang dibeli di faramsi
- Anda mungkin tidak melakukan kesilapan, namun kesamaran ujian boleh disebabkan faktor seperti alat ujian rosak, hormon kehamilan terlalu rendah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta merunsingkan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.