
diniyalyaa211
5 tahun
Datang period lambat
Saya wanita umur 19tahun saya nak tanya dua bulan lepas saya period 24haribulan tetapi bulan lepas saya datang 19haribulan … bulan 5 ni saya masih belum datang period lagi … adakah itu normal trima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah haid tidak teratur dan sedikit. Masalah ini boleh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon atau masalah pada struktur organ seperti faraj, cerviks dan rahim.
Antara puncanya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.