
Sulit
3 tahun
Datang period lebih dari 2 minggu dan mempunyai ketulan besar
Hai…saya berumur 20 tahun…masalah saya bermula dengan period saya tidak datang untuk beberapa bulan yang lepas…selepas itu secara tiba2 darah keluar dari rahim saya dengan sedikit…setiap hari sedikit demi sedikit…selepas itu…tiba2 darah keluar dengan banyak seperti datang haid…tetapi yang tidak normal adalah…darahnya keluar bersama ketulan darah yang besar dan sangat kerap…selepas itu…period saya datang lebih dari 2 minggu dan sampai sekarang…kuantiti darah ada lah sama dengan awal period…boleh saya tau penyakit apa hang saya hidapi…dan apa rawatan yang perlu saya amik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang berpanjangan melebihi 2 minggu disertai dengan ketulan besar. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan menyelesaikan masalah anda .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor