
rienyleen75
5 tahun
Datang period sehari sahaja
Period saya setiap bulan normal. Jangkaan utk bulan jan 2020 adalah pada 24hb dan sya period pde tarikh tersebut.tetapi ia dtg hanya sehari.bulan lepas saya period pada 27/12(6hari) Sehari sebelum dan pada hari period (23/1 & 24/1) saya ada bersama dengan suami.hari pertama period tersebut juga saya mengalami sakit kepala yg sgt teruk sehingga muntah 2-3 kali. Mungkin kah saya boleh mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru, tidak jelas disini kitaran haid anda adalah lambat sehingga boleh diduga kehamilan.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.