zurenee07
6 tahun
Deep vein thrombosis
apakah alternatif lain utk surutkan kaki yg bengkak ini selain mkn ubat cairkan darah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang bengkak kaki. Antara langkah yang perlu anda ambil untuk mengelakkan bengkak kaki supaya anda dapat melakukan aktiviti seharian seperti biasa:
- Pengambilan protein makanan yang normal dengan kalori yang mencukupi
- Mengawal pengambilan cecair dan garam terhad
- Ubatan Diuretik
Diuretik secara amnya untuk menggalakan peningkatan pengeluaran air kencing. Mungkin perlu diberi melalui suntikan intravena - Ubatan Anti-hypertensi
Pemilihan ubat ini hendaklah yang boleh memberikan pengawalan tekanan darah yang baik pada masa yang sama mengurangkan tahap kehilangan protein dalam air kencing - Makanan yang mengandungi nutrien yang tinggi (sayuran sayuran dan buah buahan)
- Minum Air
- Memakai stoking
- Membuat pergerakan/bersenam
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih




































