Sulit
4 tahun
Degup jantung terasa laju
sejak akhit2 rasa sakit kpla n rasa angin masuk sedangkan mkan je ikut masa macam selalu tapi rasa angin mcm tak makan… dan smpai rasa nak muntah… sakiy kpla n rasa degupan jantung mcm laju… ada buat bp test, bp normal cuma pulse lbih dari 100… rasa denyut dikepla… apa perlu saya buat dan gejala apa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degup jantung normal manusia dewasa secara puratanya adalah antara 60-100 degupan seminit. Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung laju adalah:
- hipertiroid
- akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- akibat minuman alkohol
- akibat ubatan dan herba
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.






























