
ssahrinitoni
5 tahun
Degupan di bahagian perut
Saya beumur 16 tahun tapi sering terasa degupan di bahagia perut jika saya baring tetapi saya tidak pernah lakukan kan perkara itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman puan, Untuk makluman pihak anda, degupan di bahagian perut mungkin berpunca daripada denyutan salur darah pada abdomen anda dan ia adalah normal untuk dirasai terutamanya bagi mereka yang bertubuh kurus.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.