Sulit
3 tahun
Degupan jantung laju dan henti sesaat
Umur 20… degupan jantung saya laju dan terasa seperti degupan terskip atau berhenti 1 saat pada masa yg sama dada rasa seperti terkejut/panik…membuatkan rasa nk telan air liur.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah degupan jantung yang dihadapi kebelakangan ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan dengan masalah anda yang anda hadapi iaitu:
- Serangan panik atau kegelisahan
- Masalah tiroid yang akan disampingi dengan berpeluh malam dan juga penurunan badan yang mendadak
- Gangguan stress
- Masalah metabolisma badan
- Masalah jantung yang perlu disiasat lebih lanjut.
- Penyekatan salur darah paru-paru. Namun anda juga akan merasa sesak nafas.
- Masalah pengsarafan pada jantung atau pengsarafan umum.
- Kekurangan nutrisi dan bahan elektrolit dalam badan seperti kalsium dan potassium.
- Tekanan darah tinggi.
Masalah yang anda hadapi adalah sangat subjektif dan terdapat banyak informasi dan sejarah kesihatan lebih lanjut yang perlu diketahui bagi mengetahui punca masalah. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk dari masa ke semasa.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!