Sulit
3 tahun
Degupan Jantung Perminit Rendah
Saya lelaki,berusia 39 tahun dan perokok. Saya mula aktif berlari dan berbasikal sejak bulan 5 2020 yg lepas. Menggunakan smart watch yg saya pakai, bila saya dalam keadaan rehat dan kurang pergerakan (contohnya sedang mononton tv/tidur) degupan jantung saya boleh turun bawah 50.Adakah ini normal?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu degupan jantung perlahan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Degupan jantung perlahan bermaksud kurang 60 degupan seminit bagi orang dewasa seperti anda yang mempunyai degupan jantung bawah 50 degup setiap minit. Antara penyebabnya ialah :
- Kelenjar tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme)
- Kerosakan tisu jantung yang berkaitan dengan penuaan. (Selalunya bagi orang tua)
- Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung atau serangan jantung.
- Gangguan jantung semasa kelahiran
- Jangkitan tisu jantung (miokarditis)
Faktor-faktor untuk sakit jantung adalah seperti:
- Jantina - lelaki lebih berisiko untuk mendapatkan sakit jantung
- Usia meningkat
- Genetik
- Merokok
- Kurang beriadah
- Stres
- Diet/Obesiti
- Kencing manis
Jika anda mendapati bahawa anda memiliki gejala-gejala serangan sakit jantung seperti sakit dada, loya, sakit pada bahu kiri dan rahang bawah, jantung berdegup kencang atau perlahan dan sebagainya, anda disarankan untuk menghadirkan diri ke bahagian kecemasan di hospital berkenaan. Anda perlu ke hospital secepat mungkin lebih-lebih lagi jika anda mempunyai risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung. Walaupun anda mengalami gejala peluh secara berlebihan tanpa sakit dada, anda dinasihati untuk menghadirkan diri ke bahagian kecemasan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda diminta untuk terus ke hospital atau klinik kerana degupan jantung anda terlalu perlahan dan anda merokok yang merupakan risiko untuk mendapatkan penyakit jantung.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!