
Sulit
4 tahun
Demam 5 hari berturut turut
salam doc
sejak seminggu yang lalu, saya telah mengalami demam dan ianya tidak berkurangan… selepas makan panadol, turun sekejap, lps tu naik balik…
apakah sy perlu risau ? atau just sbb cuaca panas
tq doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Buat pengetahuan anda, gejala demam yang anda alami lazimnya boleh menandakan kesan dari jangkitan kuman pada tubuh, namun demam yang naik turun serta berpanjangan (melebihi tiga hari) perlu dikaji dengan lebih teliti oleh pihak kesihatan, kerana dikhuatiri:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
- dll.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.