
Anonymous
6 tahun
Demam anak berpanjangan
Assalammualaikum… saya Nurshahikin ibu kepada anak lelaki Luqman Aisy Irfan berusia 4 tahun 2 bulan dan baru sekolah di Pasti pada tahun ini. sebelum ini saya hantar Luqman ke rumah pengasuh dan pengasuh tersebut hanya menjaga Luqman seorang sahaja. Sebelum ini juga, Luqman jarang demam, selsema dan batuk sangat sangat jarang. Tetapi pada bulan 10
tahun lepas, Luqman demam agak lama dan jgk kerap demam malam dan saya telah bawa Luqman ke Klinik Kesihatan dan mereka merujuk anak saya ke hospital dan telah ditahan wad selama seminggu… tetapi, sepanjang warded, tiada apa2 yang serius terjadi dan doktor kata ianya hanya demam biasa ( telah ambil darah). Dan bermula awal tahun sehingga ke hari ini pasti setiap bulan Luqman demam, samada demam ON off atau demam malam. Saya sangat risaukan keadaan dia doktor… biasanya suhu badan die dalam 37.1 - 37.6 bermula hari rabu lepas 10.04.2019 dan sabtu ahad dai da ok tetapi isnin 15.04.2019 demam mai balik ( badan sentiasa dedor ). untuk pengetahuan doktor HB anak saya rendah dalam 10. Saya buntu sangat doktor. Saya risau keadaan dia sebab dia tak pernah macam ni…

6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda.
Perubahan cuaca atau iklim yang sejuk dan panas boleh menyebabkan badan kita lebih mudah terkena jangkitan kuman. Hal ini seterusnya akan menyebabkan jangkitan saluran pernafasan atau URTI. Lalu kita akan mengalami demam atau sakit badan atau selsema dan batuk. Perkara ini juga mungkin terjadi kepada anak anda. Jangkitan virus akan menyebabkan simptom ini berpanjangan sehingga berminggu-minggu seperti yang diterangkan oleh anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!