
Sulit
3 tahun
Demam anak on off dah lebih 3 hari..dah bagi makan ubat tpi sama jugak
Salam doktor nak tanya anak saya demam on of dah 3 hari hari pertama demam hari ke dua ok hari ke tiga demam lagi…knapa ye doktor…saya dah bagi ubat demam paracetamol tp tetap jugak demam on off

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anak anda mengalami masalah demam yang berlaku secara on off selama 3 hari. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Secara umumnya masalah yang berlaku ini adalah disebabkan :
- Terlalu aktif dan kurang berehat
- Kepenatan
- Kurang pengambilan makanan yang berkhasiat
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tuberkulosis atau tibi
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Jangkitan kuman atau virus
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.