
Sulit
5 tahun
Demam, batuk and sakit tekak
Usia saya 35 tahun. Saya mengalami demam sejak hari Jumaat dan mengambil dubu di rumah sendiri setiap 4-5 jam dan suhu ialah 37.8-38.4. Saya juga mempunyai sedikit batuk dan sedikit sakit tekak. Saya tengah mengambil antibiotics dan ubat batuk juga. Adakah saya perling pergi ke klinik atau hospital untuk membuat ujian covid-19?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Memandangkan sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan gejala yang anda hadapi seperti demam dan batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Gejala yang anda hadapi juga boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti:
- jangkitan virus/kuman
- jangkitan kuman pada paru-paru
- radang tonsil
- demam denggi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini