
Sulit
3 tahun
Demam, batuk, pening kepala, perut tak selesa, jantung nyeri
Saya lelaki 20 an dan menghidapi penyakit Demam, batuk, pening kepala, perut tak selesa, jantung nyeri. Keesokan harinya saya perlu ambil 2nd dos vaksin… doktor boleh beritahu apakah penyakit saya?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
-Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
-Keletihan
-Batuk
-Lenguh dan sakit sendi
-Sakit tekak
-Sakit kepala
-Kesukaran bernafas
-Hilang deria bau dan rasa
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Namun gejala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan cemas
- gangguan/jangkitan/inflamasi saluran tekak
- kekurangan minum air atau dehidrasi
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini